Terapi kewujudan telah Berjaya menunjukkan cirri-ciri seperti dibawah seperti:
1. Betapa pentingnya manusia.
2. Manusia itu sentiasa di dalam keadaan berubah menuju kearah nirwana kendiri.
3. Manusia bukanlah mangsa persekitaran tetapi mempunyai keupayaan, kebebasan dan tanggungjawab untuk mencorakkan hidupnya.
4. Mati itu mempunyai nilai yang begitu positif dalam mendorong manusia untuk menggunakan masa yang terbatas itu untuk mencapai kehidupan yang lengakap.
5. Dalam kaunseling, hubungan di antara kaunselor dank lien itu sebenarnya adalah hubungan antara manusia yang hidup dan penuh dengan jiwa dan tenaga kerana ini tidak perlulah kita bertindak secara mekanistik.
6. Kebebasan yang ada pada kita itu bukanlah boleh digunakan dengan sebebas-bebasnyakerana ada risiko-risiko dan kerisauan-kerisauan tertentu yang mengiringinya.
Secara rumusannya Terapi Kewujudan tidak mempunyai prinsip-prinsip, teknik-teknik dan pendekatan-pendekatan yang bersistem dan khusus seperti mana yang terdapat di dalam terapi yang lain. Konsep- konsep yang dikemukakan juga adalah konsep- konsep falsafah kewujudan yang selalunya amat abstrak dan sukar difahami dan dilaksanakan dalam kaunseling. Lantaran itu, wujudlah pendekatan-pendekatan yang bersifat eklektif yang begitu abstrak dan mirip kepada falsafah. Terapi ini lebih sesuai digunakan dengan klien-klien yang tertentu sahaja iaitu mereka yang belum digolongkan sebagai psikofik atau skizofrenia.
Walau bagaimanapun, tidak terdapat satu persetujuan di antara tokoh-tokoh kewujudan untuk menghasilkan satu teori. Namun begitu, terdapat beberapa asas kepercayaan yang sama di antara mereka kesemua, mereka member focus kepada kepentingan kebimbangan, nilai kebebasan, tanggungjawab dan pencipataan makna dalam kehidupan.