Matlamat terapi
Matlamat dalam perkhidmatan kaunseling itu sebenarnya bertepatan dengan kehendak falsafah perkhidmatan itu sendiri.Penekanan dalam falsafah kaunseling adalah untuk kesejahteraan manusia sejagat.Kehendak dan matlamat kaunseling juga adalah untuk membantu manusia itu memahami serta melihat potensi dirinya dalam mencapai matlamat kliennya dalam keadaanperasaannya sendiri (Muhd.Mansur Abdullah,1993).
Ramai juga orang keliru terhadap peranan perkhidmatan kaunseling itu sendiri.Ada yang menyangkakan bahawakaunselor itu merupakan orang yang berkuasa dan bertanggungjawab untuk menyelesaikan masalah orang lain.
Matlamat asas bagi kebanyakan system terapeutik membolehkan individu itu menerima kebebasan dan tanggungjawab untuk bertindak.Terapi ini merupakan satu pertimbangan yang baik untuk mengajak klien mengenal pasti cara hidup dalam keadaan yang betul-betul sempurna dan untuk membuat pilihan ke arah menjadikan mereka sebagai manusia yang berkemampuan.Terapi ini juga bertujuan untuk membantu individu lebih menyedari dan merasai kebebasan dan tanggungjawab yang ada padanya dan boleh digunakan untuk memandu kehidupannya.Ia membantu individu lebih menyedari dan merasai kebebasan dan tanggungjawab yang ada padanya dan boleh di gunakan untuk memandu kehidupannya.Ia membantu individu menghadapi kerisauan yang timbul akibat kesedaran mereka yang mempunyai kebebasan untuk memilih dan tanggungjawab untuk memimpin diri sendiri.
May,Angel dan Ellenberger (1958)berpendapat bahawa tujuan terapi ialah untuk memberikan klien mengalami kewujudannya dan dengan kewujudannya dia akan dapat membuka diri dan bertindak mengikut kemampuannya.
Tujuan lain terapi ini ialah untuk membuatkan klien sedar akan keunikannya dan membantu klien membina hubungan yang lebih baik dengan orang lain.Ia juga menggalakkan klien membuat keputusan tentang kehidupannya sekarang dan masa hadapan.
Kemunculan terapi ini membawa klien keluar daripada lurah yang tepat dan cuba untuk mencabar mereka secara terpaksa dan bebas yang mana menghalang kebebasan mereka.Walaupun proses ini memberikan kebebasan dan meningkatkan kuasa,ia akan kebimbangan kepada klien.Banyak ketakutan daripada tangungjawab untuk mereka memiliki sekarang dan akan berlaku seterusnya.Mereka terpaksa memilih sama ada untuk bergantung kepada pengetahuan dan kebiasaan atau mempunyai risiko yang kurang dan kehidupan yang mencabar.