Proses Dan Teknik



Menurut Corey (2005), penggunaan teknik dalam Teori Kewujudan tidak dijelaskan dengan panjang lebar. Secara umumnya, teknik yang digunakan oleh kaunselor bergantung kepada fahaman kewujudan yang lebih mengarah kepada kepelbagaian sebagaimana ramainya kaunselor yang mengikuti kewujudan itu sendiri.

Dalam psikoterapi dan kaunseling, kemampuan kewujudan ini diwakili oleh beberapa pendekatan yang berbeza-beza (Sartre, 1956; Frankl, 1962). Terapi ini bolehlah dianggap sebagai satu pendekatan intelktual dalam amalan terapeutik atau satu falsafah untuk menjalankan satu terapi. Ia dibina daripada 2 model yang dicantumkan iaitu Terapi Psikoanalitik dan Terapi Tingkah Laku.

Franklin (1959) juga memasukkan teknik bagi maksud bertentangan yang memerlukan klien berhujah bagi mengurangi rasa takut dan gementar. Misalnya, seseorang yang mempunyai kesukaran mungkin tidak diminta berlatih dan sentiasa berjaga-jaga. Ini adalah keterbalikan daripada sikapnya terhadap situasi, dan seboleh-bolehnya ia dibawa dalam bentuk yang melucukan. Ianya akan membawa kepada perubahan sikap kea rah petanda yang membolehkan klien dapat menjauhkan diri daripada situasi tersebut.

Walaupun begitu, Frankl (1962) menjelaskan 2 teknik khusus yang lazimnya digunakan iaitu; hasrat paradoks dan de-reflection.

Untuk keterangan lanjut, sila dapatkan buku Teori Kaunseling dan Psikologi (Edisi Ketiga) terbitan USIM.

Like this