Tuesday 20 December 2011

Latar Belakang


LATAR BELAKANG TOKOH


Tokoh bagi terapi kewujudan adalah Sidney Jourard, Abraham Maslow, Viktor Frankl, Irvin Yalom, Rollo May, dan Clement Vontrest. Mereka adalah ahli teori Amerika. Falsafah asas Kewujudan berasal dari Eropah. Tulisan-tulisan Soren Kierkegaard, Pyoder Dostoyeski, dan Viktor Frankl banyak mengandungi falsafah-falsafah Kewujudan, dan mereka ini dating dari Eropah.

Walau bagaimanapun, Rollo May dan Viktor Frankl adalah dua tokoh teori yang utama. Terapi Eksistensial yang juga dikenali sebagai Terapi Kewujudan berasal dari satu bentuk falsafah yang menekankan kebebasan individu. Kehidupan manusia tidak disekat oleh kuasa-kuasa yang tidak sedar, seperti mana yang diutarakan oleh Terapi Psikoanalitik ataupun oleh pelaziman-pelaziman yang dipelajari di dalam masyarakat seperti mana yang dianjurkan oleh Terapi Tingkah Laku. Malah, Terapi Kewujudan ini memberi maruah, penghormatan dan kedudukan kepada manusia sebagai unsur yang boleh memandu hidupnya sendiri.

Hasil daripada keyakinan dan kepercayaan seperti ini telah wujud terapi yang mirip kepada falsafah ini. Terapi Pemusatan Insan oleh Carl Rogers dan Terapi Gestalt oleh Perls yang memberi status dan keyakinan telah sedikit sebanyak dipengaruhi oleh falsafah Kewujudan. Oleh kerana falsafah ini begitu sejagat sifatnya, maka Terapi Kewujudan yang terhasil juga mempunyai asas-asas dan pengaruh yang berbeza. Menyedari akan wujudnya perbezaan-perbezaan di antara teori-teori yang diutarakan serta sifat-sifat umum yang terdapat di dalam pandangan pelopor-pelopor teori ini, maka satu keputusan telah diambil untuk menghuraikan teori ini yang diutarakan oleh Rollo May, sebagai satu pendekatan yang berteraskan falsafah kewujudan.



Rollo May


Beliau telah dilahirkan pada tahun 1909 di Ada, Ohio. Beliau merupakan anak kedua dari enam orang adik beradik dan anak lelaki yang tertua di kalangan keluarganya. Bapa May bekerja di Young Men’s Christian Association (YMCA) dan inilah yang telah menggalakkan May untuk memepelajari disiplin diri melalui aktiviti renang. Hubungan beliau dengan keluarganya tidak begitu erat dan beliau membayangkan kehidupan di rumah adalah tidak membahagiakan. Akibatnya, beliau berubah menjadi seorang pendiam dan pemberontak semasa beliau remaja (Rabinowitz, Good & Cozad, 1989).

Pada tahun 1930, beliau Berjaya mendapat ijazah dalam bahasa Inggeris dari Oberlin College dan diterima untuk mengajar dalam bidang tersebut di Anatolia College di Greece. Semasa cuti semester, beliau telah bercuti dan melancong ke Vienna dan beliau telah mendaftarkan diri di seminar yang telah dikendalikan oleh Alfred Adler di mana kemudiannya beliau berminat dalam bidang psikoanalisis. Selama beliau tinggal di Greece, beliau lebih gemar bersendirian dan bekerja secara berterusan. Ini menyebabkan keputusan peperiksaan beliau gagal di mana beliau terpaksa mengulang setahun lagi.

Pada tahun 1933, beliau telah kembali ke Amerika Syarikat untuk memasuki Union Theological Seminary. Disinilah beliau kuat dipengaruhi oleh Paul Tillich seorang ahli teologi kewujudan. Selepas itu, beliau mempunyai kerjaya yang cemerlang sebagai seorang Menteri Keagamaan. May telah mengambil keputusan untuk menyambung ijazah dalam bidang Psiokologi Klinikal dari Universiti Columbia. Tetapi, beliau telah diserang penyakit batuk kering. Ini menyebabkan beliau terpaksa ditahan di Sanitarium selama dua tahun.
Semasa dalam proses rawatan, beliau banyak menghabiskan masa dengan membaca dan mempelajari buku yang ditulis oleh seorang ahli teori kewujudan, Soren Kierkegaard. Selepas beliau sembuh, May telah menyambung dan menamatkan pelajaran dalam bidang kedoktoran di Columbia pada tahun 1949. Beliau telah menyertai fakulti William Allanson White Institute di New York.

Beliau telah muncul sebagai seorang yang boleh menyatakan tentang Terapi Kewujudan yang difikirkan boleh diaplikasikan dalam psikoterapi di Eropah. Beliau juga telah menulis dua buah buku iaitu Love and Will (1969) iaitu bukunya yang paling popular dan The Courage To Create  ( 1975). Pada tahun 1980-an, beliau telah bersara. Beliau meninggal dunia pada 22 Oktober 1994, ketika berusia 85 tahun.








Viktor Frankl

Beliau telah dilahirkan pada tahun 1905 di Venna Australia. Beliau menerima ijazah dalam bidang perubatan pada tahun 1930 dan ijazah kedoktorannya pada tahun 1949 daripada Universiti Vienna. Beliau telah menubuhkan Youth Advicement Centre di Vienna pada tahun 1928 hingga 1938. Beliau juga memiliki beberapa buah hospital dan klinik pada sekitar tahun 1930 dan 1942.

Walaupun beliau adalah pelajar Freud, tetapi beliau begitu meminati Teori Kewujudan yang diperkenalkan pada tahun 1930-an apabila beliau membaca buku falsafah seperti Heidegger. Beliau mula mewujudkan formula dan idea tentang Teori Kewujudan (logotherapy) dalam kaunseling pada tahun 1938. Menurut bahasa Greek perkataan logo bermaksud mencari makna.

Semasa Perang Dunia Kedua (1942-1945), beliau telah dipenjarakan oleh nazi di Kem Auschwitz dan Dachau dan ahli keluarganya termasuk abang, isteri dan anak-anaknya telah mati. Di Kem inilah beliau memikirkan tentang makna kehidupan dan bagaimana seksanya tinggal di kem tersebut. Berkat keazaman inilah beliau mendapatkan kepercayaan untuk meneruskan kehidupan.

Pada tahun 1940-an, beliau telah berkahwin dengan Ellenonara dan menetap di Australia. Pada tahun 1947, beliau telah menyertai fakulti Universiti Vienna dan akhirnya menjadi ahli United States International Universiti of San Diego. Beliau telah mengembara ke seluruh dunia dan telah memberi ceramah di Eropah, Amerika Latin, Asia Tenggara dan Amerika Syarikat. Selain itu, beliau juga merupakan professor pelawat di Universiti Harvard, Universiti Stanford dan Universiti Southern Medthodist. Beliau juga telah bekerja untuk mengalih bahasa lebih kurang 20 buah buku dan menyambung pengajian dalam bidang perkembangan Terapi Kewujudan. Beliau telah menulis buku Man’s Search For Meaning (1962) yang merupakan antara buku paling terkenal di dunia dan The Will To Meaning (1969).




 Viktor Frankl

Peranan kaunselor & Klien



Peranan kaunselor

Mengikut Graen (1976) terdapat 3 faktor yang menentukan satu peranan.
1) Had keupayaan yang dibuat oleh seseorangitu ditetapkan oleh kepintarannya, metodologi serta alat kelengkapan yang telah sedia ada.

2) Had keupayaan yang menggolongkan unsur-unsur yang telah ditetapkan  oleh sesebuah organisasi itu sendiri.

3)  Had keupayaan bagi orang yng memenuhi peranan itu sendiri.
Terapi kewujudan membuat andaian bahawa individu mempunyai masalah hasil daripada kewujudan yang terbatas. Sekatan itu termasuklah: 

  • Batasan biologi
·         Batasan persekitaran
·         Batasan diri sendiri

Tugas utama kaunselor:

·  Membantu dan membimbing klien mengenali masalahnya serta mencari alternative untuk membuat pilihan menyelesaikan masalahnya.
·         Mengenali klien dengan lebih dekat, mengetahui dunia subjektifnya serta membantu menerokai kemungkinan-kemungkinan baru dalam hidupnya.
·      Mencabar dan seterusnya mendorong klien mencabar diri sendiri sehingga mereka menyedari tindakan-tindakan yang dilakukan selama ini telah menyebabkan mereka menghadapi masalah.

Peranan klien

·         Klien merupakan orang yang dating meminta pertolongan dalam menyelesaikan masalah.
·    Setiap klien yang dating menemui kaunselor mengharapkan pertolongan dan bantuan agar soalan-soalan yang mereka kemukakan akan terjawab dalam sesi kaunseling.
·    Bukan semua harapan yang diletakkan kepada kaunselor dapat dipenuhi oleh kaunselor semata-mata tanpa bantuan ,kerjasama dan pendedahan serta penerokaan yang jujur, ikhlas, terbuka dan bebas daripada pihak klien kerana merekalah yang sebenar-benarnya yang akan menentukan kejayaan satu sesi kaunseling.


Perhubungan kaunselor dengan klient

·         Dalam teori kewujudan, perhubungan antara kaunselor dengan klienamatlah penting.
·         Kaunselor haruslah bersifat jujur,ikhlas,boleh dipercayai dan dicontohi oleh klien.
·  Melalui teknik empati,refleksi,parafrasa dan lain-lain teknik bukan arahan yang digunakan akanmenyebabkan klien membina hubungan dengan kaunselordan sedia mencurahkan segala isi hati, perasaan dan pengalamannya.


Friday 16 December 2011

Selamat Datang


Assalamualaikum





Kami adalah pelajar Tahun 2, Sarjana Muda Kaunseling dengan Kepujian, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Blog ini dibuat bertujuan untuk memenuhi keperluan pembelajaran bagi subjek Teori Kaunseling di mana kami telah diminta oleh pensyarah kami Prof. Madya Datin Dr. Sapora Sipon supaya menerangkan tentang teori kaunseling melalui blogging. Kumpulan kami telah diminta untuk menerangkan tentang Teori Kewujudan. Jadi, kami berharap apa yang kami kongsikan di blog ini memberi manfaat kepada semua. Segala kekurangan di dalam blog ini amatlah dikesali.


Thanks for reading this!

Like this