Cara Mengatasi Stress

Cara- Cara untuk Menghadapi dan Mengatasi Tekanan

Tekanan atau stress merupakan sebarang jenis perubahan yang menyebabkan rasa tegang fizikal, emosional dan psikologi. Ianya adalah biasa. Semua insan mengalami tekan yang berkaitan dengan kerja, keluarga, keputusan , masa depan, dll.


Tekanan adalah fizikal serta mental.Ia di sebabkan oleh kejadian utama kehidupan seperti kesakitan, kematian orang yang kita sayangi, sesuatu perubahan dalam tanggungjawab atau dugaan di tempat kerja, kenaikan pangkat, kerugian, masalah kewangan atau perubahan yang tiba-tiba atau yang tidak dijangka. 


Berikut ialah tujuh cara yang paling berkesan bagi mengatasi tekanan dalam jiwa kita.


 1) Senaman pernafasan.


Tarik nafas melalui lubang hidung secara perlahan-lahan dan kuat dan hembuskan nafas melalui lubang hidung secara perlahan-lahan dan penuh.Bernafas dengan kuat merupakan satu cara yang efektif untuk mengekekalkan keadaan tenang. Senaman pernafasan ialah berguna kerana ia boleh dibuat di mana- mana sahaja dan ia membawa kesan positif dengan serta merta. 


 2)Tafakur (Meditation).


 Apabila bertafakur bersendirian tanpa apa-apa gangguan , otak anda menjadi tenang dan hormon tertentu yang memajukan kesihatan dibebaskan. Minda yang senang dan lega membantu kita mengelakkan tekanan jiwa. Setiap hari kita perlu membelanjakan sekurang-kurangnya lima belas minit untuk bertafakur. 


 3) Pengurutan (Massage). 


Terapi pengurutan mengurangkan denyutan jantung dan melegakan badan anda. Ia juga menambahkan kecerdasan minda kita. Minta sahabat anda memberi massage atau dapatkan khidmat seorang professional bagi membantu anda.


 4) Kelegaan otot.


 Berbaring, bersenang-senang dan dan membiarkan otot anda di muka, tangan, bahu dan leher mengendur sekuarang-kurangnya tiga minit. Latihan ini boleh dibuat mana-mana sahaja dan ini boleh membantu anda berasa tenang dengan cepat dan mudah.


 5) Muzik. 


Terapi muzik mendatangkan banyak faedah kesihatan bagi mereka yang mengalami tekanan dan juga kesakitan yang teruk. Muzik yang sesuai boleh mengurangkan tekanan darah, melegakan badan dan mententeramkan minda anda. Anda perlu memilih muzik ringan dan yang anda sukai dan denganya setiap hari.


 6) Ketawa.


Dapatkan masa untuk duduk bersama sahabat handai yang pandai berjenaka dan berhiburlah bersama mereka.Ketawa membantu meningkatkan keupayan pernafasan dan denyutan jantung, kegiatan otot-otot dan suhu badan juga dapat diaktifkan.Proses ketawa boleh membantu membuang toksid di dalam badan dan darah dapat berjalan dengan lebih lancar.


 7) Amalkan Sikap Dan Gaya Hidup Sihat. 


Bersikap terbuka dalam semua perkara dengan membuka minda dan anda sedia menerima sesuatu bencana.Sedar dan mensyukuri bahawa segala yang berlaku adalah ketentuan dari Allah Taala dan ada hikmah disebaliknya. Gunakan kelebihan fikiran yang dikurniakan Tuhan untuk mengatasi masalah mendatang.Amalkan gaya hidup sihat dengan mengambil makanan seimbang dan hidup secara teratur serta terurus dan jangan melakukan kegiatan yang tidak sihat dan merosakkan diri dan kehidupan.

No comments:

Like this