Konsep Utama



Terapi ini tidak mempunyai konsep-konsep khas seperti terapi yang lain dimana ianya wujud menggunakan tema-tema tertentu yang diutamakan oleh ahli-ahli falsafah kewujudan. Konsep-konsep itu meliputi tema kebebasan, tanggungjawab, kecemasan, penciptaan makna dan kesedaran diri.

Pandangan terapi terhadap manusia menurut Patterson (1973):

  1.  Berkeupayaan untuk mengenali dirinya dan menyedari tentang kewujudannya.
  2. Mempunyai kebebasan untuk digunakan dalam kehidupan dan mempunyai rasa    tanggungjawab dalam membuat satu keputusan atau tindakan.
  3. Komitmen atau tanggungjawab yang perlu dilaksanakan serta berupaya membuat pilihan.

  4. Manusia bersedia meneroka dan mengenali makna kewujudan, nilai-nilai tujuan hidup dan matlamat-matlamat yang ingin dicapai.
  5. Mengetahui dan merasai kematian.
  6. Boleh berasa risau.
  7. Manusia mempunyai keberanian untuk bersendirian.
  8. Manusia berupaya untuk meneroka berbagai-bagai alternative yang terbuka untuknya bertindak dalam satu keadaan.
  9. Manusia sedar bahawa mereka boleh berkembang iaitu setiap manusia mempunyai potensi untuk maju.
  10. Mengenali keunikan, identity dan cara berhubung dengan orang lain dengan cara yang bermakna.



Proses berkembang tidak berlaku secara automatik. Ianya mestilah melalui proses-proses dan peringkat-peringkat yang tertentu mengikut tahap kemampuan individu itu sendiri. Proses berkembang itu merupakan satu perjuangan yang sentiasa berterusan.


Untuk keterangan lanjut, sila dapatkan buku Teori Kaunseling dan Psikologi (Edisi Ketiga) terbitan USIM.


Like this